MAKANAN YANG BOLEH KURANGKAN MASALAH SENDI

5 JENIS MAKANAN DI DAPUR YANG BOLEH BANTU MENGURANGKAN MASALAH SENDI


Masalah sendi lutut adalah salah satu penyakit yang sering dialami oleh golongan yang berumur. Malahan, penyakit tersebut sudah mula berlaku kepada semua golongan umur tidak mengira orang tua, orang dewasa mahupun remaja. Hal ini disebabkan oleh punca-punca yang tertentu dan memberi kesan di kemudian hari. Antara punca berlakunya masalah sendi adalah seperti berat badan yang berlebihan, keturunan, disebabkan kecederaan akibat bersukan dan kemalangan. 

Anda juga boleh mngelakkan berlakunya masalah sendi bermula dari segi pemakanan harian. Antara jenis makanan yang boleh membantu anda mengurangkan masalah sendi adalah seperti berikut:



1. Minyak Zaitun (Olive Oil)

Minyak zaitun diekstrak daripada buah zaitun dan digunakan sebagai bahan masakan. Selain dijadikan sebagai bahan masakan, ia juga turut dijadikan sebagai bahan yang digunakan dalam penghasilan beberapa jenis kosmetik kerana ia mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan badan. Minyak Zaitun sangat bagus kerana ia kaya dengan asid oleik, omega 9 dan asid lemak. Antara kebaikan minyak zaitun adalah seperti membantu mengurangkan radang sendi, memperbaiki kesihatan kulit, memastikan rambut kekal sihat, memperkukuhkan tulang, membantu mengurangkan berat badan dan sebagainya. Banyak kan khasiat minyak zaitun ni. So Hani sarankan korang untuk menggantikan minyak masak dengan minyak zaitun jika ingin memasak makanan. 



2. Makanan dari sumber protein tinggi

Protein merupakan makronutrien yang sangat penting untuk membina jisim otot. Ia biasanya terdapat dalam produk haiwan seperti daging merah, ikan dan juga terdapat di sumber lain seperti kekacang. Bagi seseorang yang mempunyai masalah sendi, anda digalakkan untuk memilih makanan sumber protein tinggi yang sesuai seperti ikan dan mengurangkan pengambilan daging merah yang berlebihan kerana daging merah mempunyai kolesterol yang tinggi. Dengan pengambilan makanan dari sumber protein tinggi, ia dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit sendi lutut. 



3. Makanan berserat tinggi

Makanan berserat tinggi sangat baik untuk seseorang yang mempunyai masalah sendi. Antara makanan berserat tinggi adalah kekacang dan buah-buahan. kekacang dijadikan kudapan yang sihat dan mempunyai banyak khasiat. Salah satu kekacang yang mempunyai banyak khasiat adalah seperti badam, kuaci, gajus dan sebaginya. Selain itu, buah-buahan juga merupakan makanan berserat tinggi yang perlu diamalkan setiap hari seperti epal dan nenas 



4. Bawang putih

Bawang putih sering digunakan untuk memasak sesuatu masakan. Walaupun bawang putih mempunyai bau yang tak menyenangkan, tapi ia mempunyai banyak khasiat dan digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikan. Bagi seseorang yang mempunyai masalah sendi, digalakkan untuk makan bawang putih kerana ia dapat meredakan bengkak sendi dan juga berfungsi membantu kita yang ingin lutut yang sihat.



5. Herba dan ulam-ulaman

Khazanah herba dan ulam-ulaman juga merupakan salah satu makanan berkhasiat untuk bantu kurangkan masalah sendi. Orang dahulu sering kali menjadikan ulam sebagai sayuran berkhasiat yang dihidangkan kepada ahli keluarga dan dimakan bersama nasi. Ulam adalah bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pucuk, daun, batang dan biji yang dimakan mentah. Ia mempunyai khasiat yang tersendiri kerana dimakan dalam keadaan segar tanpa dimasak. Herba dan ulam tersebut mempunyai jumlah nutrien yang tak terjejas oleh sebarang aktiviti basuhan dan masakan. 






Pening dan putus asa dalam mencari solusi ? Apa kata kakak-kakak bagi peluang kepada kami untuk merawat sakit yang dialami oleh kakak-kakak dengan pengambilan isila.
Isila merupakan suppliment kesihatan yang sangat sedap berperisa ribena, mudah dan paling penting dapat mengatasi masalah sendi seawal 7 hari. 💕



Tekan link whatsapp di bawah untuk Hani bantu. 

https://jomsihatdenganisila.wasap.my/

Comments