5 Aktiviti Yang Dapat Membantu Kurangkan Sakit Sendi
Assalamualaikum kakak-kakak, abang-abang yang hani kasihi sekalian.
Hari ini Hani nak share 5 aktiviti yang kakak-kakak, abang-abang boleh amalkan di rumah bagi mengurangkan sakit sendi. Jom kita sama-sama buat aktiviti ini supaya kita boleh sihat dan kekal aktif.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti:
1. Senaman berkala atau bersiar santai.
Senaman berkala bermaksud aktiviti yang mampu membuat otak kita berfungsi dan aktiviti ini dapat membakar kalori dalam badan. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengurangkan sakit sendi seperti berbasikal, berenang dan banyak lagi. Senaman ini boleh dilakukan secara berkala serta mengikut jadual dengan kekerapan yang tertentu. Selain itu, akak2 boleh melakukan aktiviti santai bersama keluarga seperti mengunjungi tempat-tempat yang akak2 gemar dan beriadah di taman Aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot dan membina kekuatan tulang dan sendi.
2. Regangkan Otot
Peregangan membantu untuk mendapatkan semula tenaga dan menjaga kekuatan serta fleksibiliti otot dan ligamen. Contohnya, akak2 perlu meregangkan otot sebelum dan selepas melakukan senaman ataupun olahraga. Ia membantu pinggul dan otot paha belakang agar tetap fleksibel.
3. Urutan
Urutan adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok dan seumpama dengannya bagi merangsang pengaliran darah dan meredakan tekanan terutama Di samping itu, akak2 juga boleh melakukan urutan di bahagian sendi secara perlahan. Ia boleh melegakan ketegangan otot dan membantu mengurangkan keletihan. Terdapat banyak pusat urutan yang lebih tertumpu kepada peningkatan fungsi dan kekuatan otot dan sendi.
4. Amalkan menolak barang, bukan mengheret
Hani syorkan akak2 untuk menolak objek berat, dan bukannya membawa mereka. Sebagai contoh, ketika akak2 membeli barangan di pusat membeli-belah, digalakkan untuk menggunakan troli dan bukannya mengangkat bakul yang berat. Penggunaan troli dapat meringankan beban akak2 daripada mengangkat barang yang berat.
5. Membina otot untuk sendi
Otot yang kuat menyokong sendi dengan membantu menampung berat badan. Cara untuk membina otot untuk sendi adalah melakukan Senaman Weight Training bagi membina otot yang kuat dan memelihara ligamen. Selain itu, Senaman yang dilakukan secara rutin akan menambah metabolisme akak2. Hal ini kerana tubuh badan kita memerlukan banyak tenaga untuk menjaga otot. Senaman Weight Training juga melindungi tubuh dari segala penyakit termasuk penyakit tiga serangkai dan juga kanser.
Pening dan putus asa dalam mencari solusi ? Apa kata kakak2 bagi peluang kepada kami untuk merawat sakit yang dialami oleh kakak2 dengan pengambilan ISILA. ☺
Tekan link whatsapp di bawah untuk Hani bantu.
https://jomsihatdenganisila.wasap.my/
Comments
Post a Comment